suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Rabbit Hole" Filem Paling Sukar Nicole Kidman

AKTRES terkenal Hollywood Nicole Kidman (gambar) menganggap Rabbit Hole sebagai sebuah filem yang paling sukar untuknya.

Rabbit Hole mengisahkan tentang kesedihan pasangan yang meneruskan kehidupan mereka selepas kehilangan anak lelaki.

Filem arahan John Cameron Mitchell tersebut turut dilakonkan oleh Lindsay-Abaire, Tammy Blanchard, Miles Teller dan Aaron Eckhart.

"Sebagai seorang ibu, pengalaman itu menggerunkan. Kehidupan ini boleh dilalui dengan baik tetapi pada akhir spektrum, ianya boleh jadi menyakitkan," katanya kepada omg!.

Untuk menjiwai karakter, Kidman dan Eckhart cuba menyelami kehidupan kumpulan yang melalui pengalaman seperti itu. Namun Kidman gagal.

"Saya cuba pergi ke kawasan orang yang melalui keperitan ini, tetapi mereka berkata saya kurang beremosi," katanya.

Sementara Eckhart menganggap internet sebagai sumber terbaik untuk dijadikan sebagai rujukan setelah meneliti beberapa blog tentang kesedihan orang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alyah Beraya Secara Sederhana

Artikel Lain