suria

Khloe Kardashian Makan Sambil Menari

- Foto AP
- Foto AP
- Foto AP

SELEBRITI Khloe Kardashian (gambar) mengakui dia akan menari ketika menikmati makanan kegemarannya.

"Jika saya sangat lapar dan mula makan, saya cenderung untuk menari. Saya tidak menyedarinya. Saya hanya mengetahuinya apabila orang lain memberitahu saya.

"Ia barangkali perkara paling bodoh yang saya lakukan ketika saya makan," katanya kepada media.

Khloe yang berkahwin dengan pemain bola keranjang Lamar Odom mendedahkan dia mempunyai dua keperibadian yang berbeza.

"Apakah saya mempunyai personaliti yang berbeza-beza? saya ialah KhloMoney dan saya juga ialah Khloe. Saya ialah Khloe yang bertutur secara berhemah dan sangat baik.

"KhloMoney adalah ketika saya nakal, lucu, hiperaktif, bising dan lain-lain," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut