suria

Sheryl Crow Ambil Bayi Kedua Sebagai Anak Angkat

Sheryl Crow menghadiri The Us Weekly Hot Hollywood Style Celebration pada 22 April, 2010 di Los Angeles. - Foto AP

PEMEGANG anugerah Grammy, Sheryl Crow mengumumkan dalam laman webnya bahawa dia telah mengambil seorang bayi lelaki lagi sebagai anak angkat.

"Saya mempunyai berita gembira untuk dikongsi bersama anda semua," media memetik dia sebagai menulis dalam laman webnya.

Sheryl memberitahu, bayi lelaki pertama, Wyatt yang diambil sebagai anak angkat akan mempunyai seorang adik lelaki.

"Levi James dilahirkan pada 30 April. Saya ingin anda merupakan individu yang pertama untuk mendengar berita gembira ini!" ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain