suria

Shirley Manson Berkahwin Secara Rahsia

Shirley Manson, penyanyi utama kumpulan Garbage, ketika menghadiri sidang media di majlis makan malam di New York pada 13 Mac 2006. - Foto AP

PEMUZIK rock yang juga aktres, Shirley Manson telah berkahwin secara rahsia di sebuah majlis yang dirahsiakan di Los Angeles.

Semasa tampil dalam rancangan televisyen Late Late Show With Craig Ferguson pada 28 Mei lalu, bintang dari Scotland itu mengaku dia telah bertunang.

Mason hanya menyatakan suaminya adalah seorang rakyat Amerika.

Sebelum ini, bekas pemuzik utama kumpulan Garbage itu menimbulkan spekulasi pertunangannya pada 2008 apabila dia memakai cincin.

Manson yang dulunya berkahwin dengan aktor Eddie Farrell pada masa itu enggan mendedahkan identiti pasangannya.

Bagaimanapun, ayahnya memberitahu pemberita: "Apa yang boleh saya katakan ialah dia sangat gembira. Mereka telah bersama-sama untuk seketika dan semuanya berjalan lancar."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain