suria

Lima Finalis Ideal - Pengetua AF8

Melainkan Daus (paling kanan), lima peserta ideal final AF8 mengikut tafsiran Norman terdiri daripada (dari kiri) Ain, Iwan, Shahir, Maulana dan Adira. - Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF.
Melainkan Daus (paling kanan), lima peserta ideal final AF8 mengikut tafsiran Norman terdiri daripada (dari kiri) Ain, Iwan, Shahir, Maulana dan Adira. - Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF.
Melainkan Daus (paling kanan), lima peserta ideal final AF8 mengikut tafsiran Norman terdiri daripada (dari kiri) Ain, Iwan, Shahir, Maulana dan Adira. - Foto THE STAR Oleh M.AZHAR ARIF.

KETIKA peringkat akhir Akademi Fantasia AF8 berbaki satu konsert lagi, Pengetua AF8, Norman KRU sudah dapat membayangkan lima finalis yang ideal.

Bagaimanapun tegasnya, ia adalah perhitungannya semata-mata.

"Saya bukan pilih kasih. Secara idealnya, saya berharap lima pelajar ke peringkat akhir, bukan ikut ranking, ialah Adira, Ain, Maulana, Iwan dan Shahir," katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Pengarah Eksekutif KRU Studio itu menjawab pertanyaan wartawan siapakah lima finalis ideal untuk AF8.

Nama Daus yang tidak berada dalam senarai peserta pilihan Norman tidak bermakna peserta dari Kuching, Sarawak itu tidak bagus.

"Saya rasa Daus adalah pelajar yang paling komited dan rajin membuat persiapan dalam setiap konsert.

"Saya tidak menafikan perkara tersebut. Kesungguhan dia boleh dikatakan adalah yang tertinggi ditunjukkan oleh para pelajar AF8," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, dari segi bakat vokal, kelima-lima pelajar tersebut mempunyai keunikan vokal yang baik.

"Saya pilih mereka kerana keunikan mereka dan potensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi," katanya.

Berbekalkan barisan finalis AF8 yang ideal itu, Norman menjangkakan final AF8 itu bakal merupakan satu final yang akan diingati untuk satu tempoh masa yang panjang.

Ditanya mengenai siapa peserta yang diharapkan dipilih kembali ke akademi sebelum keputusan AFundi Masuk diumumkan, Norman mengenalpastikan tiga daripada tujuh pelajar yang tersingkir.

"Dalam hati saya, ada tiga pelajar iaitu Shahir, Anum dan Alif. Untuk cikgu-cikgu lain, ada nama-nama lain.

"Apabila saya buat chatting dengan semua peminat, kira-kira 10 orang merayu minta Shahir dimasukkan ke dalam akademi. Respon itu memang luar biasalah berbanding penyingkiran pelajar-pelajar lain.

"Sebelum itu, memang ada penyingkiran tapi tak sampai tahap respons sebegitu. Atas sebab itu, pihak produksi membuat keputusan memperkenalkan AFundi Masuk agar mereka mempunyai peluang sama rata, dan jawapannya terjawab pada malam ini," katanya.

Alif pula menurut Norman, mempunyai vokal yang unik manakala Anum mempunyai penyokong yang kuat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain