suria

Hadiah Istimewa Robert Pattison Untuk Hari Lahir Kekasih

AKTOR popular Robert Pattinson dilaporkan bakal memberikan hadiah istimewa untuk sambutan hari lahir kekasihnya yang juga aktres Kristen Stewart.

Desas-desus yang mula tersebar menjangkakan hadiah istimewa yang dimaksudkan hero filem Twilight itu adalah berbentuk lamaran perkahwinan.

"Pattinson dikhabarkan sedang membuat persiapan rapi untuk sambutan hari lahir Stewart.

"Dia sudah menyediakan hadiah yang cukup istimewa untyuk kekasihnya itu. Malah, Pattinson juga dilaporkan sanggup berhabis wang demi hadiah istimewa itu.

"Namun, dia enggan memaklumkan apakah bentuk hadiah yang dimaksudkan itu," demikian menurut kenyataan satu sumber kepada laman web aceshowbiz.com baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain