suria

Madonna, Ellen DeGeneres Berkongsi Moyang

Madonna
Madonna
Madonna

TIDAK hairanlah mengapa Madonna dan Ellen DeGeneres berkongsi banyak persamaan. Mereka dilahirkan pada tahun yang sama (1958), kedua-duanya berambut perang muda dan mereka juga mempunyai sejarah kehidupan yang serupa iaitu pernah mengaku lesbian.

Rupa-rupanya, mereka juga berkongsi moyang yang sama.

Menurut sebuah laman web mengkaji salasilah, Ancestry.com, salasilah diva, Madonna dan pengkritik American Idol, Ellen Degeneres bercantum pada moyang ke-10 bernama Martin Aucion dari Perancis.

Anak perempuan Martin telah berhijrah ke Nova Scotia di Kanada pada awal tahun 1600.

Menurut pakar kajian salasilah itu, bukan setiap hari mereka membuat penemuan seperti ini tetapi rupa-rupanya kaitan dari segi genetik telah menjadikan Madonna dan Ellen begitu unik dan luar biasa sekali.

Hebatnya Barat dalam dunia kajian genetik...

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ameng Direman Tiga Hari

Artikel Lain