suria

Hrithik Roshan Ingin Belajar Pemasaran Filem Daripada SRK, Aamir Khan

BINTANG Bollywood, Hrithik Roshan sanggup melakukan apa saja untuk mempromosikan filem terbarunya, Kites.

Namun, aktor bertubuh sasa itu mengakui dia tidak tahu teknik terbaik untuk memasarkan filem itu dan ingin belajar daripada dua senior yang juga pelakon hebat Shah Rukh Khan dan Aamir Khan.

"Saya tidak tahu mengenai bisnes dan strategi pemasaran filem. Saya masih mentah dalam aspek itu dan masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih lama dalam bidang ini.

"Insan-insan yang memberikan inspirasi kepada saya adalah Shah Rukh dan Aamir," akui aktor itu baru-baru ini.

"Saya tidak tahu sangat tentang bisnes filem dan tidak mempunyai kemahian dan bakat dalam bidang ini.

"Saya hanyalah seorang pelakon dan banyak yang masih perlu saya pelajari lagi," tambahnya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain