suria

Peminat Bekejar ke Hospital Dengar Salman Sesak Nafas

Salman terpaksa berlari beberapa kali untuk menjayakan satu adegan kebakaran dan tidak semena-mena dia mengalami sesak nafas

PELAKON berbadan sasa Bollywood Salman Khan baru-baru ini dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas selepas satu adegan kebakaran untuk filem terbarunya di perkampungan Mugaon. Salmah telah menjalani penggambaran itu bersama abangnya, Arbaz Khan untuk filem produksi pertama Arbaz bertajuk, 'Dabang'.

Salman, yang terpaksa berlari beberapa kali untuk menjayakan adegan itu, tiba-tiba mengalami sesak nafas. Namun menurut jurucakap bagi produksi tersebut, bintang ternama itu tidak mengalami apa-apa kesan kebakaran.

Sebaik berita Salman dikejarkan ke hospital dilaporkan, ribuan peminat pelakon tampan itu bekejar ke hospital untuk melihat kelibat pelakon itu.

Dek kerana geram tidak dibenarkan masuk, ramai antara mereka mula membaling batu ke arah hospital. Mujurlah insiden itu cepat ditangani oleh pihak polis.

Insiden kebakaran di kampung tersebut berjaya dipulihkan dan keadaan kini dilaporkan sudah kembali seperti sediakala dan Salman sudahpun pulang ke rumah. Penggambaran di kampung itu akan dimulakan pada bila-bila masa saja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain