Rais Saran Penggiat Teater Lebih Kreatif Hasilkan Karya 1Malaysia - Hiburan | mStar

Rais Saran Penggiat Teater Lebih Kreatif Hasilkan Karya 1Malaysia

MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu penggiat teater tempatan menghasilkan lebih banyak karya kreatif dan bermutu yang mencerminkan semangat perpaduan dan berkonsepkan 1Malaysia.

Katanya penggiat teater harus memastikan skrip yang diolah lebih menjurus kepada citarasa kepelbagaian kaum dan binaan negara bangsa.

"Soal teater adalah soal seni dan ia mencerminkan kehidupan. Oleh itu kita harus mengambil berat tentang peranan yang dimainkan oleh seni teater dalam memperkayakan seni, budaya serta tamadun kita bersama.

"Kami telah menyuarakan supaya tema luaran yang lebih mengasak kehidupan kita dipamerkan kepada khalayak selain daripada tema berunsur kekeluargaan, kesukanan dan sebagainya yang biasa dipamerkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan logo teater "Kita-The Musical" di Angkasapuri di sini semalam.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Rais berkata kebanyakan penonton lebih gemar menonton teater antarabangsa yang mempunyai kepelbagaian dari segi bahasa dan budaya berbanding teater tempatan yang tidak mencerminkan semangat kekitaan dan tiada idealogi khusus.

"Bagaimanapun, senario ini mula menampakkan perubahan dengan adanya pementasan teater tempatan seperti Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical, P.Ramlee The Musical dan Natrah yang berjaya menarik khalayak dengan mendapat sambutan luar biasa sehingga Istana Budaya memperoleh 108,788 penonton iaitu melepasi sasaran 100,000 orang pada tahun lepas," katanya.

Rais juga berkata sekiranya sambutan masyarakat amat menggalakkan, anugerah seni teater "Boh Cameronian Arts Awards mungkin dinilai semula dan diadakan dalam versi yang baru.

"Boh Cameronian Arts Awards', yang menjadi kalendar penganugerahan seni penting sejak 2002, bakal melabuhkan tirainya pada 18 April ini selepas lapan tahun diadakan.

Sementara itu, Rais meminta lebih banyak syarikat korporat tampil bagi menaja teater muzikal "Kita" yang dianggarkan menelan belanja lebih RM1 juta. Sehingga kini, maklum balas yang diterima daripada pihak korporat kurang menggalakkan.

"Mungkin ramai di antara syarikat korporat ini tidak menyedari bahawa jika mereka bekerjasama dan menaja pementasan teater di Istana Budaya, mereka akan diberikan pengecualian cukai pendapatan, jadi saya mengambil kesempatan untuk menguar-uarkan perkara ini," katanya.

Tetater muzikal "Kita" berkisar tentang kehidupan tiga kanak-kanak yang berjiran iaitu Rahman, Cheong dan Amish sekitar awal tahun 1970an di sebuah ladang getah yang menempuh proses kematangan bermula sejak zaman persekolahan, kehidupan yang dilalui mereka, perbezaan budaya sehingga mencapai kejayaan.

Teater itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada 17 Jun ini selama 10 hari dengan menampilkan nama-nama besar artis tanah air di dalam bidang nyanyian dan lakonan-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rekaan Terbaru Jam Tangan Jessica Simpson

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain