Kakak Tua: Sandiwara Luna Maya & Ammar Alfian! - Hiburan | mStar

Kakak Tua: Sandiwara Luna Maya & Ammar Alfian!

NAMA selebriti Luna Maya dan pelakon Ammar Alfian Aziz sama hebatnya di mata Kakak Tua. Malah kedua-dua mereka berada di dalam liga mereka tersendiri kerana keberanian mengutarakan hasrat yang terpendam terhadap wartawan hiburan.

Mana ada artis yang seberani mereka, menghamburkan kata kesat kepada wartawan secara terang-terangan. Maka sebab itu, harus dicatit di sini, inilah pencapaian tertinggi Ammar dan Luna sepanjang karier mereka.

Tidak seperti Luna yang wajahnya hampir setiap hari terpampang di dada akhbar, Ammar tidak begitu bernasib baik. Barangkali kaitannya dengan kekasih hati, Puteri Sarah membuat nama Ammar lebih menonjol.

Luna juga pernah menjadi cover girl majalah remaja tahun 1999 dan terus diburu untuk jadi model iklan, filem, sinetron hinggalah menjadi penyanyi.

Hampir 10 tahun Luna disanjung di pentas hiburan hinggalah ke saat dia mencari pasal dengan wartawan hiburan di Twitter dengan menyamakan mereka dengan pelacur dan menghina darjat mereka sehina golongan itu.

'Jeritan batin' Luna dari Indonesia tiada bezanya dengan pelakon Tari Tirana, Ammar yang berpaksi di bumi Malaysia. Lebih menghairankan, Ammar, yang tidak berapa terkenal berbanding Luna, ada hati ingin 'menghunus pedang' dan 'membunuh' wartawan hiburan?

Antara kedua-dua mereka, rasanya Ammar lebih sadis hingga sanggup hendak 'membunuh'. Bila sudah terdetik hati ingin 'membunuh' bermakna bisikan syaitan begitu kuat dalam nalurinya sampai tak bisa dibendung. Tapi Kakak Tua percaya semuanya kerana amarah yang sukar dipadam.

Seharusnya Luna atau Ammar belajar mengutip pelajaran berharga dari episod ini. Perkara pertama yang harus mereka akui ialah dunia hiburan tidak ubah seperti panggung sandiwara yang penuh kepalsuan.

Senyuman selebriti saja, kata orang, hampir semuanya palsu, sepalsu make up, bulu mata dan dandanan.

Jadi tidak payahlah kita mempraktikkan kepalsuan ini dalam senario harian kita. Hamburan kata-kata kesat bukan saja membuat peminat menghukum kedua artis ini tapi secara tidak disedari, mereka menunjukkan kepada kita siapa diri mereka yang sebenarnya.

Tidak mungkin terluncur perkataan kesat dari hati orang beriman.

Setakat usik-usik manja dari wartawan, wajarkah digunakan senjata untuk melenyapkan serangan pihak 'musuh'.

Manusia walau apa pun darjat dan profesionnya, waima wartawan sekalipun, mudah hanyut dan tergelincir. Sepatutnya, kita berpesan-pesan kepada perkara kebenaran bukan bersifat menghukum.

Kakak Tua tidak rasa ada wartawan yang tergamak menjatuhkan selebriti. Tapi selalunya, perbuatan artis sendiri yang buat diri mereka tersadung dan terus tergelincir.

Mujurlah kesalahan Luna telah dimaafkan wartawan hiburan di Indonesia.

Bagaimana pula dengan nasib Ammar? Siapa yang tega membawa artis berbakat seperti Ammar ke jalan yang benar?

Kakak Tua: Bila merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain