suria

Pementasan 'Tanda' Terpaksa Dihentikan, Sambung 25 Februari

ATAS masalah pengurusan, pementasan teater Tanda terpaksa dihentikan dan disambung pada 25 hingga 28 Februari ini di PJ Live Arts Sdn Bhd.

Lokasi itu terletak di 2A-3, Block K, Jaya One, Section 13, No.72A, Jalan Universiti, 46200, Petaling Jaya.

Sebelum ini, Rumah Anak Teater (RAT) melalui Projek Komuniti Kental (KoKen) yang menganjurkan Tanda hanya sempat mementaskan tiga pementasan di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur.

Pementasan Tanda kali ini menjadi sebahagian daripada aktiviti Pelancongan Selangor dan mendapat kerjasama daripada PJ Life Arts Centre dan Amnesty International Malaysia.

Persembahan teater ini berkonsepkan kolaborasi yang mengabungkan enam orang pengarah untuk mementaskan sebuah persembahan. Setiap pengarah akan mengarahkan sebuah cerita yang berkaitan dengan tema; iaitu alam sekitar dan kemusnahan alam yang berdurasi 15 minit setiap satu.

Setiap cerita pendek ini akan bercantum dengan teras utama cerita yang disampaikan dalam bentuk persembahan ensamble secara fizikal.

Pengarah Artistik bagi pementasan ini ialah Nam Ron.

Teater ini akan diarahkan oleh lima pengarah. Pengarah artistik bagi pementasan ini ialah Nam Ron.

Lebih daripada 20 pelakon akan menjayakan pementasan ini. Antaranya ialah Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Noris Ali, Dira Abu Zahar, Ameerul Affendi dan ramai lagi.

Saksikan Tanda pada 25-27 Februari, pukul 8.30 malam dan 27 & 28 Februari, pukul 3 petang.

Tiket masuk dikenakan pada harga RM30, RM15 (OKU & pelajar*) dan terhad kepada 60 orang.

Sebarang tempahan tiket boleh menghubungi 012-2395209.

Artikel Berikut

Artikel Lain