suria

Jeremy Renner Calon Kuat Menang Oscar?

BERKAT penampilannya yang menonjol dalam filem The Hurt Locker, aktor Jeremy Renner mendapat pencalonan kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Academy Awards ke-82. Dia juga disebut-sebut sebagai calon kuat meraih Oscar tahun ini.

Tapi untuk membawa pulang trofi Oscar bukanlah hal mudah bagi pelakon SFC William James dalam filem arahan Kathryn Bigelow itu. Jeremy harus bersaing dengan aktor-aktor seperti Jeff Bridges, George Clooney, Colin Firth dan Morgan Freeman.

Jeremy juga merasa bangga kerana boleh bersaing dengan aktor-aktor itu. “Untuk mendapat pencalonan bersama empat aktor yang sudah menginspirasi saya sepanjang karier saya, sebagai aktor, mereka sudah menunjukkan kelas mereka, itu sudah menjadi sesuatu yang hebat,” ujar Jeremy kepada The Modesto.

Jeremy Lee Renner lahir di Modesto, California, Amerika Syarikat pada 7 Januari. Lelaki berusia 39 tahun itu selalu melakonkan watak utama dalam beberapa filem seperti S.W.A.T. dan 28 Weeks Later.

Sebelum berlakon dalam The Hurt Locker, dia sudah mengumpul sembilan anugerah dan lapan pencalonan. Antaranya, di Boston Society of Film Critics Award, Chicago Film Critics Association Award, Hollywood Film Festival dan Satellite Awards.

Artikel Berikut

Artikel Lain