suria

Madonna Beli Ladang Kuda Bernilai 6 Juta

DIVA popular, Madonna dilaporkan telah membeli sebidang ladang penternakan kuda dengan harga 6 juta pound.

Menurut laporan media, penyanyi itu memperuntukkan sejumlah besar wang untuk hartanah iaitu sebanyak 30 ekar tanah yang terletak dalam kawasan Hamptons New York.

"Madonna seronok kerana ladang ternak itu miliknya sekarang," kata satu sumber.

Madonna membeli ladang ternak itu daripada Kelly, bekas isteri kepada pereka terkenal Calvin Klein.

Madonna menggunakan ladang tersebut juga untuk melatih kuda-kuda pertunjukan. Madonna dibenarkan membeli ladang tersebut kerana akan menjadikan ladang tersebut sebagai pusat ekuin.

Penyanyi tersebut yang juga penunggang kuda berminat memperuntukkan 1.5 juta pound petak tanah bersempadan dengan ladang itu kerana beliau akan membina sebuah rumah besar di sana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain