suria

Jennifer Hudson Serba Salah Bila Diberitahu Mengandung Lagi

SELEPAS empat bulan melahirkan seorang bayi lelaki, aktres Jennifer Hudson mendapati dirinya mengandung lagi.

Menurut laporan tabloid Star, pemenang Oskar filem Dreamgirls ini dan tunangnya David Otunga benar-benar teruja bila dapat tahu Jennifer mengandung lagi.

Seorang sahabat Jennifer memberitahu tabloid itu bahawa aktres itu begitu terkejut dengan berita itu.

"Jennifer terperanjat dan tidak sangka dia akan mengandung lagi. Dia ingin jarak di antara kedua-dua anaknya itu."

Tapi kata sumber itu, Jennifer dan David berada dalam keadaan serba salah kerana mereka sukakan kanak-kanak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain