suria

'Itu Hanya Spekulasi' - Kudsia

PETALING JAYA: "Itu hanya spekulasi," kata Pengurus Besar Saluran Melayu AMP Radio Networks, Kudsia Kahar apabila ditanya tentang kesahihan berita yang mengatakan dia bakal memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Suria FM.

Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh Engku Emran Engku Zainal Abidin, namun ia kini dipangku oleh Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusry Abu Samah setelah Emran meletakkan jawatan baru-baru ini dan menggalas tugas baru sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Bernama TV.

Nama Kudsia kini disebut-sebut bakal menerajui stesen radio yang sedang meningkat naik itu.

Malah, menurut sumber dalaman, Kudsia memang akan dibawa masuk ke Suria FM bagi menggantikan tempat suami kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu.

"Ini semuanya adalah spekulasi. Itu saja yang boleh saya katakan," kata Kudsia ringkas, yang tidak mengiyakan mahupun menafikan tentang perkara tersebut.

Kudsia yang dulu merupakan seorang penyampai radio, kini adalah 'orang kuat' di beberapa stesen radio yang mempunyai rating tinggi termasuklah Era FM dan Sinar FM.

Melihat kepada pengalamannya di dalam bidang ini, Kudsia memang dilihat layak untuk memegang jawatan ditinggalkan oleh Emran yang sudah tiga tahun mengemudikan stesen radio itu.

Kudsia juga pernah memikul tugas sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia untuk musim pertama hingga musim ketiga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain