suria

Jennifer Lopez, Anthony disaman kerana anjing

Aktres Jennifer Lopez hadir di tayangan perdana dokumentari "This Is It" di Los Angeles pada 27 Oktober 2009. -Foto REUTERS
Aktres Jennifer Lopez hadir di tayangan perdana dokumentari
Aktres Jennifer Lopez hadir di tayangan perdana dokumentari "This Is It" di Los Angeles pada 27 Oktober 2009. -Foto REUTERS

JENNIFER Lopez dan suaminya, Marc Anthony berdepan dengan tindakan undang-undang apabila seorang wanita mendakwa dia dicederakan oleh anjing pasangan itu.

Lisa Wilson yang merupakan seorang pramugari telah memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, New York dengan mendakwa bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya apabila anjing pasangan itu, Floyd, melanggar kakinya ketika di dalam sebuah pesawat dan mengakibatkannya jatuh.

Wilson mendakwa, insiden yang berlaku pada tahun 2006 itu boleh dielakkan jika anjing tersebut diberkan latihan yang baik dan dia turut mengupah seorang pakar haiwan untuk menyokong dakwaannya itu.

"Anjing itu ternyata amat bahaya dan kami akan membuktikan di dalam perbicaraan nanti," kata peguam Wilson, William Cafaro.

Joseph Varvaro, peguam kepada Lopez dan Anthony juga telah mengupah seorang pakar haiwan untuk menilai perlakuan Floyd.

Artikel Lain