suria

Hugh Grant Salahkan Golf Kerana Masih Solo

Hugh Grant dan Andie MacDowell.
Hugh Grant dan Andie MacDowell.
Hugh Grant dan Andie MacDowell.

HUGH Grant berkata, sebab utama dirinya masih solo hingga hari ini ialah kerana minatnya terhadap sukan golf.

Menurut pelakon Notting Hill ini, hobinya itu telah 'menguasai' dirinya sehinggakan di waktu malam juga dia akan cuba berlatih bermain golf.

Dan disebabkan itulah kata Grant, dia masih belum berkahwin lagi.

"Bila kamu memberitahu seorang perempuan 'saya bermain golf', matanya akan berkilau. Saya memang rasa bersalah tentang golf. Kamu tahu diri kamu amat menyedihkan apabila kamu asyik membaca buku atau melayari YouTube untuk belajar teknik bermain golf.

"Saya akan bangun tidur di waktu malam dan berlatih di depan cermin. Saya begitu obses dan ia memang akan menghancurkan hidup saya. Golf adalah satu ketagihan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain