suria

Janet Jackson Tetap Dengan Tuduhan Dr Conrad Murray Punca Kematian MJ

JANET Jackson masih lagi beranggapan doktor peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray sebagai punca kematian abangnya.

Beliau juga menyeru pihak berkuasa melarang Conrad untuk berkhidmat sebagai seorang doktor.

"Conrad adalah orang yang memantau kesihatan MJ dan bertanggungjawab di atas kematiannya," dakwa Janet semasa upacara pengebumian penyanyi pop itu.

Sementara itu, Janet juga masih tidak dapat menerima hakikat yang MJ sudah tiada.

"Tahun ini merupakan satu tahun yang sukar dan beberapa perkara yang berlaku pada tahun ini memang sukar untuk saya hadapi.

"Saya mengingati MJ setiap hari dan sangat merinduinya," ujar Janet.

Walaupun begitu, majlis memperingati penyanyi agung Michael Jackson di Staples Center membantunya menghadapi kedukaan itu.

"Lagu kegemaran abang saya ialah ‘Smile’dan Jermaine menyanyikan lagu itu dengan indah sekali pada majlis itu,” tambah Janet.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain