suria

Katie Price Jalani 'Sesi Botoks' Sebelum Sertai Program 'I'm A Celebrity Stint'?

Katie Price dikhabarkan menjalani sesi botoks sebelum kembali membintangi program selebriti 'I'm A Celebrity'. -Foto REUTERS

SELEBRITI Katie Price atau lebih dikenali sebagai Jordan dikhabarkan menjalani sesi botoks sebelum kembali membintangi program selebriti 'I'm A Celebrity'.

Ini kerana model glamor berusia 31 tahun itu dilihat meninggalkan pusat perubatan Los Angeles.

Wajah dan bibirnya kelihatan bengkak, menurut laporan media.

Selebriti-selebriti lain yang bakal terlibat dalam program selebriti itu mendedahkan mereka bimbang untuk bekerjasama dengannya kelak.

Pereka Gay, Justin Ryan, 42, berkata: "Saya benar-benar kecewa. Kami pernah cuba untuk menemuramah Jordan tiga atau empat tahun lalu tetapi perangainya meloyakan."

Ryan berkata dia lebih rela menyertai program tersebut bersama Alex Reid, kekasih Jordan.

Sesetengah berkata mereka adalah peminat bekas suami Jordan iaitu Peter Andre.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain