suria

Katherine Jackson terima satu juta dolar setahun menerusi estet MJ

Katherine Jackson (kiri) dan Joe Jackson menghadiri upacara pengebumian Michael Jackson di Glendale Forest Lawn Memorial Park, California pada 3 September 2009. -Foto REUTERS

IBU Michael Jackson, Katherine akan menerima lebih 1 juta dolar setahun menerusi estet arwah anaknya, menurut arahan mahkamah.

Peruntukan itu adalah untuk keluarga Jackson dan tiga cucu di bawah jagaannya.

Katherine akan menerima sejumlah 26,804 dolar sebulan selain peruntukan bulanan sebanyak 60,000 dolar untuk ketiga-tiga cucunya, Prince Michael, 11, Paris Michael Katherine, 9, dan Prince Michael II yang juga dikenali Blanket.

Seorang hakim di Los Angeles membuat keputusan tersebut pada Ogos. Bagaimanapun, menurut laporan media, maklumat tersebut dirahsiakan.

Difahamkan ibu Raja Pop ingin merahsiakan jumlah tersebut tetapi hakim Mitchell Beckloff tidak berpendapat sedemikian.

Dokumen-dokumen yang dikemukakan di mahkamah tidak menerangkan bagaimana peruntukan kanak-kanak digunakan.

Bagaimanapun, laporan media menyatakan 315,000 dolar dibayar kepada para pekerja dan 160,000 dolar diperuntukkan untuk hiburan serta perbelanjaan lain.

Sementara itu, hakim telah menetapkan satu tarikh pada Oktober ini untuk mendengar laporan kemajuan tentang anak-anak Raja Pop itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain