suria

Jennifer Aniston masih mahu bercinta lagi

"Saya masih seorang yang romantik, saya masih mempercayai cinta." - Jennifer Aniston - foto REUTERS
"Saya masih seorang yang romantik, saya masih mempercayai cinta." - Jennifer Aniston - foto REUTERS

JENNIFER ANISTON mendedahkan dia masih percaya terhadap mencari seseorang yang benar-benar istimewa biarpun telah beberapa kali gagal dalam perhubungan.

Pelakon tersebut, yang pernah bercerai dengan Brad Pitt dan berpisah dengan aktor, Vince Vaughn, model, Paul Sculfor dan penyanyi, John Mayer, mengatakan dia masih percaya terhadap cinta.

"Saya masih seorang yang romantik, saya masih mempercayai cinta," katanya kepada satu sumber.

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan pelakon siri TV popular 'Friends' sedang menjalinkan hubungan bersama Gerard Butler yang turut membintangi filem 'The Bounty' bersama dengannya.

"Saya fikir, penting di dalam satu perhubungan itu untuk ada penghujungnya, daripada perhubungan yang romantik menjadi sahabat sahaja.

"Anda sepatutnya mempunyai satu perasaan yang jelas bahawa satu hari anda akan tahu mengapa setiap perhubungan ada permulaan dan akhirnya. Anda perlukannya agar anda dapat meneruskan hidup ke fasa seterusnya denga mudah," katanya.

Artikel Lain