suria

Britney Spears ditinggalkan kekasihnya

Britney Spears ketika menerima anugerah 'Ultimate' di 'Teen Choice Award' di Universiti City, California. foto-AP

PENYANYI terkenal Britney Spears telah ditingalkan oleh bekas kekasih, Jason Trawick kerana tidak tahan dengan desakan bintang pop itu supaya menghawininya.

"Jason tidak suka dengan tekanan yang dihadapi daripada Britney dan keluarganya yang mengharapkan supaya Jason berkahwin denganya.

"Jason berulangkali memberitahu Britney yang dia tidak mahu berkahwin.

"Britney tetap tidak berputus asa dan cuba sedaya upaya agar Jason mengubah keputusanya apabila cuba mendapatkan anak dengan Jason," lapor sebuah sumber.

"Britney sangat sedih semasa Jason memberitahu dia ingin meningalkan Britney," kata sumber itu lagi.

Hubungan Britney dengan Jason mula mendapat liputan meluas pada bulan Mac lepas.

Walaupun sudah berpisah, Britney dilaporkan memamakai cincin bertatahkan berlian di jari manisnya ketika sedang membeli belah di Beverly Hills minggu lepas.

Penyanyi terkenal itu sebelum ini berkahwin dengan Kevin Federline dan mempunyai dua orang anak Sean Preston, 3, dan Jayden James, 2, dengan bekas suaminya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain