suria

Doktor peribadi beri Michael propofol, kata pegawai penyiasat

Sebotol ubat 'Propofol' yang ditunjukkan pada hospital The Good Samaritan di Los Angeles; 28 Julai 2009. -foto AP

SEORANG pegawai penyiasat mendedahkan bahawa Doktor peribadi Michael Jackson mengaku bahawa dia bertanggungjawab memberikan sejenis ubat penenang yang mempunyai kesan kuat, propofol, kepada penyanyi itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya

"Dr.Conrad Murray telah beberapa kali memberi propofol kepada Michael kerana dia menghadapi masalah untuk tidur," kata pegawai yang mahu identitinya dirahsiahkan kerana siasatan itu masih berjalan.

Sebelum ini pihak berkuasa polis menjumpai propofol dan ubat jenis dadah yang lain ketika membuat serbuan di kediaman Raja pop itu.

Propofol sepatutnya hanya boleh diberikan kepada pesakit sekiranya mendapat kebenaran daripada pakar-pakar perubatan.

Walaubagaimanapun peguam Dr. Conrad menafikan yang doktor peribadi Michael itu ada memberikan propofol ataupun apa-apa jenis ubat yang menyebabkan kematian Michael Jackson.

Artikel Lain