suria

Lily Allen senang berpacaran dengan pelukis dari selebriti

Lily Allen.
Lily Allen.
Lily Allen.

SELEPAS berpisah dengan pemborong kesenian, Lily Allen khabarnya berpacaran pula dengan pelukis.

Nampaknya Lily Allen sukakan mereka yang berdarah seni.

Lily, 24, dikatakan dilamun cinta dengan Sam Cooper yang langsung tidak terlibat dalam dunia hiburan.

"Lil letih bercinta dengan mereka yang terkenal," menurut satu sumber.

"Dia ingin keluar dengan seseorang yang sebaya dan tidak terlibat dengan bidang muzik atau media.

"Sam ialah seorang yang praktikal. Dia mencari nafkah sebagai seorang pelukis dan juruhias serta menjalani kehidupan normal.

"Lily terpikat dengannya (Sam). Mereka telah saling mengenali untuk beberapa ketika tetapi hanya serius keluar bersama baru-baru ini," tambah sumber itu.

Artikel Lain