Seorang lagi terkorban bila pentas Madonna runtuh - Hiburan | mStar

Seorang lagi terkorban bila pentas Madonna runtuh

Madonna dikelilingi pengawal peribadinya kelihatan meninggalkan lapangan terbang The Marseille Marignane, selatan Perancis pada 19 Julai 2009. Sebelum ini, Madonna melawat pekerja-pekerja yang cedera dalam kemalangan semasa menyediakan pentas konsertnya di Marseille. - foto AP

SEORANG pekerja British meninggal dunia di hospital selepas cedera akibat ditimpa pentas yang jatuh ketika mereka sedang menyiapkan konsert Madona di Marseille, Perancis.

Kematian pekerja itu merupakan yang kedua selepas seorang pekerja dari Perancis juga menemui ajalnya atas nasib yang sama.

Lapan orang pekerja lain cedera dalam kejadian itu dan lima dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Bintang Pop terkenal, Madonna dijadualkan untuk membuat persembahan konsertnya semalam tetapi terpaksa dibatalkan kerana insiden itu.

Sebahagian daripada bumbung dimana pentas itu dibina telah roboh khamis lepas.

Madonna yang kini berada di Itali mengeluarkan kenyataan yang beliau terperanjat dan sedih dengan berita tersebut.

Artikel Sebelum

Perjalanan dan pengorbanan Kyle XY di TV3

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain