suria

'Harry Potter' dedah pernah kena buli di sekolah

Daniel Radcliffe tiba pada tayangan perdana "Harry Potter and the Half-Blood Prince" di Leicester Square London pada 7 Julai 2009. - foto AFP
Daniel Radcliffe tiba pada tayangan perdana
Daniel Radcliffe tiba pada tayangan perdana "Harry Potter and the Half-Blood Prince" di Leicester Square London pada 7 Julai 2009. - foto AFP

BINTANG Harry Potter, Daniel Radcliffe telah mendedahkan dia pernah di buli ketika di sekolah selepas dia menjadi seorang bintang.

Pelakon berumur 19 tahun ini mendedahkan kanak-kanak di sekolah itu selalu mengusiknya berikutan dia telah dikenali ramai apabila filem pertama Harry Potter berjaya menaikkan namanya.

Pelakon ini juga mengimbas kenangan pahitnya apabila terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pelajar senior di sekolah tersebut.

Katanya: "Saya berumur 14 tahun, dia 19 tahun. Pada masa itu, berlaku sedikit pertengkaran dan dia memang seorang budak yang jahat, jadi saya telah menarik dia dan dia menumbuk muka saya."

Daniel hanya berumur 10 tahun pada waktu filem 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' telah memecah panggung dengan kutipan jualan tiket yang memberangsangkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain