suria

Gwen Stefani 'berjuang' bahagi masa antara keluarga dan karier

Gwen Stefani akui agak sukar untuk dirinya cuba mengekalkan keseimbangan antara tugasnya sebagai ibu dan karier profesional - foto AFP

PENYANYI Gwen Stefani akui agak sukar untuk dirinya cuba mengekalkan keseimbangan antara tugasnya sebagai ibu dan karier profesional.

Kata Stefani, dia amat letih kerana adakalanya terpaksa 'bekerja' secara berlebihan.

Stefani telah bergabung semula dengan anggota kumpulan No Doubt untuk mengadakan konsert siri jelajah setelah masing-masing membawa haluan sendiri sejak lima tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Stefani telah berusaha keras untuk menghasilkan jenama pakaiannya, L.A.M.B.

Dan ketika ini, selebriti berusia 39 tahun ini terus 'berjuang' untuk menguruskan karier dan pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.

"Saya cukup letih...dengan dengan anak-anak, band, konsert dan rekaan. Tetapi saya bangga kerana dapat melakukannya," katanya.

Artikel Lain