suria

Model Playboy hanya teman mesra Salman Khan

Model Jerman, Claudia Ciesla
Model Jerman, Claudia Ciesla
Model Jerman, Claudia Ciesla

MODEL Jerman, Claudia Ciesla menafikan bulat-bulat dia kini sedang berpacaran dengan bintang Bollywood, Salman Khan.

Jelitawan itu menggunakan klise (kata basi) yang sering didendangkan, "Kami hanya merupakan kawan baik dan dia sangat kacak serta berhemah tinggi.

Claudia, 24, menjadi masyhur baru-baru ini bukan rentetan daripada perhubungan dengan Salman, tetapi bersama dengan Abhishek Bachchan di festival Cannes.

Majalah Playboy dikhabarkan pernah menonjolkan Claudia. Selain itu, model kacukan Poland dan Jerman dilaporkan pernah berbogel untuk beberapa majalah sebelum menyertai dunia perfileman.

Claudia memasuki dunia fesyen ketika berusia 17. Pelajar ekonomi ini ingin menghabiskan pelajarannya di samping cemerlang dalam kerjaya Bollywood.

Artikel Sebelum

Artikel Lain