suria

Hubungan Tom-Kat berantakan?

Pasangan selebriti ini nampaknya sering berbalah terhadap beberapa isu
Pasangan selebriti ini nampaknya sering berbalah terhadap beberapa isu
Pasangan selebriti ini nampaknya sering berbalah terhadap beberapa isu

KHABAR angin terbaru tentang perkahwinan Tom Cruise dan Katie Holmes yang dikatakan goyah kini hangat diperkatakan.

Menurut laporan sebuah majalah, pasangan selebriti yang mempunyai seorang anak perempuan, Suri, 3, nampaknya sering berbalah terhadap beberapa isu.

"Situasinya menjadi semakin teruk. Tiada siapa yang terkejut jika Katie mempertimbangkan pilihannya di dalam senario buruk seperti itu.

"Bapa Katie yang merupakan seorang peguam perceraian boleh menasihatinya termasuklah mencadangkan nama-nama peguam perceraian yang hebat andai kata dia memerlukannya kelak," kata sumber.

Walaubagaimanapun, rakan kepada pasangan itu menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan, Katie sentiasa akan menyelamatkan rumahtangganya.

"Banyak dakwaan yang mengatakan Katie dikawal oleh Tom. Tetapi itu tidak mustahil jika melihat betapa kuatnya mereka berpegang kepada peraturan-peraturan 'Scientology'.

"Tetapi Katie tahu Tom adalah suami yang baik dan apa yang penting, dia adalah bapa yang hebat dan suka memberikan banyak perhatian terhadap Suri dan Katie sendiri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain