suria

Jill Zarin tawar diri untuk "Inside the Actors Studio"

Jill Zarin
Jill Zarin
Jill Zarin

BARU-BARU ini, Jill Zarin tidak diendahkan apabila dia cuba menawarkan dirinya sebagai tetamu kepada James Lipton dalam rancangannya, 'Inside the Actors Studio'.

Bintang "The Real Housewives of New York City" itu ketika itu cuba meyakinkan Lipton agar membenarkannya menjadi tetamu dalam rancangan tersebut.

Insiden tersebut berlaku di parti yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Niche Media, Jason Bin.

Lipton bagaimanapun berkata, rancangan itu disediakan khas untuk aktor sah sahaja. Demikian laporan media.

Mendengar itu, Zarin pun membawa diri.

Artikel Berikut

Artikel Lain