Kakak Tua: Senduk dan belanga lagi berlaga! - Hiburan | mStar

Kakak Tua: Senduk dan belanga lagi berlaga!

Chef Wan
Chef Wan

PERGAULAN yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.

Bukan sedikit kisah-kisah sebegini dapat dilihat di depan mata. Perhubungan keluarga, suami isteri, pasangan kekasih, pengamal media dan artis juga ahli politik ada kalanya berakhir dengan perselisihan hinggakan belenggu permusuhan tidak dapat diselamatkan lagi.

Bak kata orang tua, "Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka."

Batasan sebuah perhubungan memang tidak dapat dijangka kerana hati manusia tidak mampu kita selam.

Lebih menyedihkan bila perselisihan tidak dapat didamaikan lagi bak retak sang batu.

Bagi mereka yang dambakan kedamaian hati memendam rasa bukan satu sifat yang mulia.

Jika kita sedar, yang hidup akan sampai jua ke penghujung nyawa, tentu saja pilihan kita adalah titik noktah satu nikmat kehidupan dengan jiwa yang tenang dan damai hati tanpa permusuhan.

Mungkin sebab 'perjalanan pulang' semakin hampir, kekaburan nilai persahabatan semain jelas kini. Maka hati Kakak Tua semakin rapuh bila terkenangkan permusuhan dalam industri hiburan yang tidak mampu diselamatkan lagi.

Apa saja alasan waima salah faham, fitnah, sengketa dan kadangkala kerana 'rosak bawang ditimpa jambak' dan bermacam-macam lagi, semua itu hanya mendekatkan diri kita pada sifat mazmummah (tidak baik).

Bila yang ditulis merupakan luahan hati, kadangkala ada yang terlebih rasa kerana ledakan emosi tanpa sekatan. Selama 24 tahun, perasaan antara profesionalisma dan sentimen peribadi silih berganti.

Kata-kata yang dipilih boleh dan mungkin menjurus kepada berbagai interpretasi hingga merobekkan hati artis yang pernah bergelar kawan. Kala kesilapan itu dilakukan, kadang berulangkali, hanya kemaafan saja yang mampu dipohon Kakak Tua.

Biarpun ramai berkata memohon maaf amat mudah dilafazkan. Mungkin sekadar sebuah kata tapi kesannya berpanjangan. Hati keras sekalipun akan menjadi lembut mendengar ucapan itu. Pandangan yang tajam akan berubah menjadi redup. Itulah hikmah sebuah kemaafan.

Sejauh mana sekalipun jauh tersasar kekhilafan yang pernah diri tua ini lakukan, tentu saja mereka yang pemaaf sifatnya, tempatnya lebih mulia.

Kakak Tua sendiri kagum dengan sifat pemaaf yang dimiliki oleh segelintir artis-artis kita seperti Chef Wan, Erra Fazira, Nora Danish, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aziz Sattar, Deja Moss, Anita Sarawak, Datuk Jalaluddin Hassan dan Betty Banafe (sekadar memberikan contoh beberapa nama).

Sebanyak mana duka mahupun penyesalan yang pernah ditanggung oleh nama-nama ini, dek kerana kemuliaan sebuah hati, kesalahan tetap dimaafkan. Dan akhirnya barakahnya datang dalam anugerah sebuah rezeki yang melimpah ruah. Biarpun 'rembes dipalit, titik ditampung', damainya terpancar di wajah.

Senduk dan belanga lagi berlaga, inikan pula kita manusia. Wallahu'alam!

KAKAK TUA: Kalau salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surutlah kembali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL