suria

Disoal siat selama sejam kerana pandu dalam keadaan mabuk

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

PELAKON dan penyanyi, Lindsay Lohan disoal siasat oleh pegawai-pegawai imigresen di Kanada pada hujung minggu lalu dan mempertimbangkan untuk melarangnya daripada memasuki negara tersebut.

Kesemua ini berpunca daripada Lindsay yang disabitkan dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Selebriti berusia 22 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Montreal, 25 April lalu untuk membuat kemunculan di kelab malam.

Bagaimanapun, dia dibawa ke sebuah bilik oleh staf keselamatan yang mengesan rekod dia pernah ditahan di bawah pengaruh alkohol.

"Oleh kerana rekod lampau yang kurang baik, mereka pada mulanya enggan membenarkan Lindsay memasuki ke negara ini.

"Pegawai kastam menyusahkannya dengan soal siasat yang panjang lebar," menurut sumber.

Lohan akhirnya dibenarkan memasuki negara tersebut selepas disoal siasat selama sejam.

Artikel Lain