suria

Justin-Jessica dambakan perkahwinan di Itali

Jessica Biel, buah hati dan bakal isteri Justin Timberlake.
Jessica Biel, buah hati dan bakal isteri Justin Timberlake.
Jessica Biel, buah hati dan bakal isteri Justin Timberlake.

BINTANG pop Justin Timberlake akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan teman wanitanya Jessica Biel, seorang model dan aktres di Itali musim panas ini.

Pasnagan yang telah bersama sejak tahun 2007 ini dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan tetapi tidak mahu menghebohkan berita itu.

Baru-baru ini kelibat Justin dan Jessica kelihatan di sebuah kedai emas di New York untuk membuat pemilihan cincin yang paling sesuai.

Beberapa bentuk cincin dikeluarkan dan sudahnya, Justin memilih sebentuk yang betul-betul eksklusif.

Kedua pasangan, berusia 27 tahun itu, sedang mencari-cari lokasi paling sesuai untuk berkahwin dan pilihan pertamanya ialah di negara Eropah terutamanya Itali.

Keputusan untuk berkahwin datang dengan tiba-tiba saja bila mereka melihat kawan baik mereka berkahwin di Itali pada bulan Oktober tahun lepas.

"Kedua mereka begitu suka akan idea berkahwin di Itali. Kalau dulu, Justin tidak berapa bersedia tapi kini dia yang tidak sabar untuk berkahwin," kata satu sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain