suria

'Jacko' yang berhati mulia

Jacko mungkin menjalani kehidupan aneh tapi hatinya cukup mulia.
Jacko mungkin menjalani kehidupan aneh tapi hatinya cukup mulia.
Jacko mungkin menjalani kehidupan aneh tapi hatinya cukup mulia.

WALAUPUN ramai beranggapan 'Raja Pop' Michael Jackson atau 'Jacko' agak aneh orangnya tapi hatinya cukup mulia.

Pantang melihat atau terbaca sesiapa yang dikenalinya sakit atau susah, pantas dia akan mencapai gagang telefon untuk bercakap dengan orang itu.

Terbaru, Michael telah menelefon mangsa kanser Jade Goody yang kini menanti saat-saat kematiannya apabila doktor yang merawatnya berkata tiada harapan untuk Jade sembuh.

Keadaan jade, yang pernah mengambil bahagian dalam program realiti 'Big Brother' begitu lemah hinggakan dia hanya mampu berjaga beberapa minit sahaja.

Namun, seorang teman Jade memberitahu, dia begitu teruja ketika mendengar yang Michael ingin bercakap dengannya di telefon.

Penyanyi 'Thriller' yang berusia 50 tahun itu mengenali Jade setelah melihatnya di program 'Celebrity Big Brother' pada tahun 2007 bersama-sama abangnya, Jermaine.

Michael berjanji untuk mendapatkan tiket-tiket VIP untuk Jade, suami dan dua orang anaknya bagi konsertnya di UK pada bulan Julai ini.

Penyanyi yang hidup penuh misteri itu, mendengar berita tentang kesihatan Jade yang semakin buruk ketika kunjungannya di London baru-baru ini bagi menguruskan konsert 'comeback'nya.

"Michael begitu simpati dengan nasib Jade dan ingin memberi kata-kata semangat untuknya.

"Apabila dia bercakap dengan Michael, mata Jade bersinar menunjukkan betapa gembiranya dia," kata teman Jade itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain