suria

Tumpukan pada pelajaran, kata Anil pada pelakon kanak-kanak 'Slumdog Millionaire'

BINTANG Bollywood yang juga membintangi filem Oskar 'Slumdog Millionaire' Anil Kapoor mahu pelakon kanak-kanak dalam filem itu menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka.

Beliau menasihatkan ibu bapa pelakon kanak-kanak filem tersebut agar tidak mengabaikan pelajaran mereka.

Pelakon berusia 52 tahun yang memegang watak hos untuk program ' Who Wants To Be A Millionaire' versi India untuk filem 'Slumdof Millionaire' itu berkata, beliau telahpun menasihati keluarga pelakon kanak-kanak itu.

"Saya nasihatkan mereka supaya tidak memberi fokus kepada bidang lakonan untuk anak-anak mereka tapi berilah keutamaan pada pelajaran," katanya.

"Jika mereka teruskan berlakon dan berlakon, mereka akan hilang terus tumpuan pada pelajaran," kata aktor hebat itu.

Artikel Lain