suria

Deepika sambut 'Valentine' dengan keluarga tersayang

Selain filem 'Love Aaj Kal', Deepika juga akan dapat dilihat di dalam filem 'Billu Barber'.
Selain filem 'Love Aaj Kal', Deepika juga akan dapat dilihat di dalam filem 'Billu Barber'.
Selain filem 'Love Aaj Kal', Deepika juga akan dapat dilihat di dalam filem 'Billu Barber'.

DEEPIKA Padukone, aktres yang mendapat tempat di hati peminat filem Hindustan setelah memberikan lakonan hebat dalam filem 'Om Shanti Om' di samping Shah Rukh Khan adalah seorang yang amat praktikal.

Walaupun heboh dikatakan berpacaran dengan pelakon Ranbir Kapoor, Deepika masih dapat bezakan kasih sayang sejati dan kasih sayang orang muda.

Ketika ditanya apakah perancangan Valentinenya yang jatuh pada hari Sabtu ini, Deepika berkata dia akan menyambutnya dengan keluarga tersayang dan bukan bersama Ranbir seperti anggapan ramai orang.

Ketika ditemui di satu acara anjuran Filmfare, Deepika juga kelihatan berseorangan tanpa Ranbir di sisinya.

Bila ditanya ke mana Ranbir menghilang, Deepika berkata, "Itu awak kena tanya pihak penganjur. Saya tidak ada jawapan untuk itu."

Begitu juga ketika diminta memberi komen tentang filem "Chandni Chowk To China" yang mendapat kritikan hebat disebabkan beberapa fakta filem itu dianggap menyeleweng, Deepika berkata,"saya masih menganggap penglibatans aya sebagai pengalaman yang cukup berharga.

"Jika anda bekerja keras untuk sesebuah filem dan filem itu tidak berjaya, tentu lah anda kecewa.

"Tapi pengalaman yang ditimba cukup berharga kerana saya berjaya memperbaiki mutu lakonan saya," jelas aktres yang baru saja selesai pengambaran filem Imtiaz Ali bertajuk 'Love Aaj Kal' dengan aktor Saif Ali Khan.

"Saya sudah lama teringin berlakon di bawah arahan Imtiaz Ali. Saya rasa cukup bangga dipilih. Saif pula adalah pelakon yang hebat. Cuma masalahnya dia seperti budak kecil yang perlu diberi perhatian.

"Watak saya sebagai Meera adalah seorang gadis yang moden tapi agak tradisional. Dia praktikal cuma agak beremosi. Saya rasa ramai anak muda akan sukakan filem ini kerana kisah cintanya gak menarik," jelasnya.

Selain film 'Love Aaj Kal', Deepika juga akan dapat dilihat di dalam filem 'Billu Barber'.

"Saya terpaksa melalui pengambaran selama tiga hari untuk lagu 'Love Mera Hit Hit.' Ia bagai mengimbau kenangan lama bersama SRK dalam 'Om Shanti Om.'

"Farah, SRK hinggakan katerer Muthuswamy pun seperti dulu juga. Kemesraan kami tidak ubah seperti sebuah keluarga."

Artikel Sebelum

Artikel Lain