suria

Suami dipenjara, Amy Winehouse 'main gila' dengan jurulatih sukan

Cinta baru dalam hidup Amy Winehouse membuat dia senantiasa tersenyum dan gembira.
Cinta baru dalam hidup Amy Winehouse membuat dia senantiasa tersenyum dan gembira.
Cinta baru dalam hidup Amy Winehouse membuat dia senantiasa tersenyum dan gembira.

Penyanyi British Amy Winehouse, yang baru saja balik dari percutian di Pulau Carribean St Lucia, telah jatuh cinta dengan seorang jurulatih sukan walaupun tindakannya itu membuat suaminya, Blake Fielder-Civil, yang kini berada di penjara menjadi berang.

Sahabat Winehouse berkata, "Amy telah berkenalan dengan seorang lelaki dan mereka nampak benar-benar selesa dengan satu sama lain. Orangnya kacak, bertubuh sasa, perwatakan bersih dan kelihatan sihat."

"Cinta barunya itu mengajar tenis dan beberapa sukan lain di sebuah pulau peranginan di mana Amy menginap sebelum dia berpindah ke villanya sekarang.

"Amy kelihatan betul-betul suka kepada lelaki baru ini," kata sumber itu.

Malah kata kawan Winehouse, Amy sendiri mengaku yang dia sungguh teruja melihat ketampanan teman lelaki barunya itu.

Winehouse dikhabarkan berada di pulau peranginan itu untuk satu ketika yang lama dan banyak menghabiskan wang ringgit dengan berbelanja sesuka hatinya.

Penyanyi dari kota London yang mempunyai sifat lepas laku ini, telah pergi bercuti ke Pulau Carribean pada bulan Disember tahun lepas.

Pada mulanya, pemergiannya ke sana adalah untuk memadu kasih dengan pemain ragbi berketurunan British Joshua Bowman.

Namun kisah cinta mereka putus di tengah jalan bila Bowman mengambil keputusan menamatkan hubungan itu dan pulang.

Cinta Winehouse akhirnya beralih kepada jurulatih sukan pula, yang bekerja di hotel tempat dia menginap.

"Winehouse sukakan teman barunya itu kerana perangainya mengingatkan dia kepada Joshua," jelas sahabat Winehouse itu.

Winehouse juga diberitakan tidak akan membenarkan suaminya Blake Fielder-Civil, yang berada di penjara sejak akhir tahun lepas kerana kesalahan mencederakan tuan punya pub, menceraikannya.

"Saya masih sayangkan suami saya. Kami amat serasi bersama. Apa yang saya lalui sekarang adalah sesuatu yang baru," kata penyanyi yang berkahwin dengan Fielder-Civil di Miami pada bulan Mei, 2007.

Namun rumahtangga mereka mengalami banyak masalah serius yang bermula dengan dadah, kesihatan dan berakhir dengan kecurangan.

Fielder-Civil, yang dipenjarakan selama 27 bulan kerana mencederakan orang, berhasrat untuk menceraikan Amy tapi penyanyi bersifat liar itu tidak akan membenarkannya.

Apapun, yang pasti kini Winehouse sedang dilamun cinta.

Seorang pengunjung ke pulau peranginan itu berkata, "Amy kelihatan sungguh gembira. Beliau melemparkan senyuman kepada orang yang tidak dikenalinya. Ada yang mengambil kesempatan atas sikap Amy yang peramah ini dan menganggapnya sebagai buku 'check.'

Amy berbelanja hampir 10 ribu paun untuk 30 orang dalam satu malam.

Penyanyi yang berasal dari kota London ini telah merakamkan album pertamanya 'Frank' pada tahun 2003.

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya setelah merangkuli Anugerah Grammy sebanyak 5 kali dan satu Anugerah Brit telah membuat Winehouse dan suaminya beralih kepada dadah.

Ketagihan dadah yang keterlaluan telah membuat pasangan ini sering berhadapan dengan pihak berkuasa.

Artikel Sebelum

Ziana 'ubat' duka dengan Magica

Artikel Berikut

Artikel Lain