suria

Anne Hathaway sanggup jadi pengasuh anak Obama

Aktres Hollywood Anne Hathaway sanggup menjadi pengasuh kedua anak perempuan, Presiden Amerika yang baru Barrack Obama.
Aktres Hollywood Anne Hathaway sanggup menjadi pengasuh kedua anak perempuan, Presiden Amerika yang baru Barrack Obama.
Aktres Hollywood Anne Hathaway sanggup menjadi pengasuh kedua anak perempuan, Presiden Amerika yang baru Barrack Obama.

WALAUPUN sudah terkenal dan memilikki seraut wajah yang jelita, aktres Hollywood Anne Hathaway berkata dia cukup teruja sendainya diberi peluang mengasuh kedua anak perempuan, Presiden Amerika yang baru Barrack Obama.

Dalam sebuah wawancara baru-baru ini dengan sebuah tabloid, hathaway berkata, dia teringin sekali menjadi pengasuh pertama kedua-dua anak perempuan Obama - Sasha, 7 tahun dan Malia, 10.

"Tentu sekali saya teringin menjadi pengasuh pertama anak-anak Obama," jelas Hathaway.

Pelakon yang baru sahaja membintangi filem 'Rachel Getting Married' dan mula diperkenalkan dalam filem Disney 2001 bertajuk 'Princess Diaries.'

Antara watak-watak penting yang menonjolkan lakonan Hathaway selama ini ialah isteri seorang Texas dalam filem 'Brokeback Mountain', pembantu peribadi editor dalam 'The Devil Wears Prada', penulis legendari British Jane Austen dalam filem 'Becoming Jane', spy Agent 99 dalam 'Get Smart' dan penagih dadah yang insaf dalam 'Rachel Getting Married'.

Filem terbaru Hathaway yang terbaru ialah komedi romantik 'Bride Wars' sebagai seorang guru yang tiba-tiba naik angin bila perkahwinannya dirancang pada hari yang sama dengan sahabat baiknya, lakonan Kate Hudson.

"Saya suka dengan kesemua watak yang diberikan kepada saya. Yang paling menggembirakan saya apabila saya diberi peluang berlakon dengan Kate Hudson," jelas aktres jelita yang memiliki senyuman persis Julia Roberts ini.

Kesemua pengalaman dalam filem-filemnya ada kena mengena dengan kisah peribadi Hathaway.

Hubungan romantisnya selama empat tahun dengan pemaju hartanah keturunan Itali bernama Raffaello Follieri berkahir dengan perpisahan pada bulan Jun, tahun lepas.

Antara sebab kisah cinta mereka berakhir bila kisah Folleri menipu ramai orang jutaan ringgit termasuk hartanah yang melibatkan gereja di Amerika.

Hathaway pula dilaporkan akan menjadi pemilik utama segala harta-harta yang menjadi kes mahkamah itu.

Berita itu sarat dimuatkan di muka depan tajuk utama akhbar-akhbar. Aktres kelahiran New York ini juga selalu menjadi bahan kontroversi kerana menjadi mangsa penipuan lelaki.

Baru-baru ini, wajah klasik Hathaway telah membuat beliau dilamar menjadi duta kosmetik jenama Lancome.

"Memang seronok dibayar lumayan untuk kelihatan glamor tapi saya ni tidak glamor sebenarnya. Memang sesuatu yang tidak masuk akal," jelas Hathaway. Hathaway yang baru-baru ini dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe, namun tidak memenangi sebarang anugerah, menerima kekalahannya dengan hati yang senang.

"Ramai yang kata lakonan saya bagus tapi realitinya saya tidak menang apa-apa anugerah pun. Mungkin bila saya berusia 50 tahun, saya akan menang sesuatu. Tengoklah macam mana," kata Hathaway.

Lakonan terhebatnya ialah dalam filem Ang Lee iaitu 'Brokeback Mountain'.

"Watak dalam filem itu memberi saya keyakinan untuk membawa apa saja watak yang mendatang. Mulanya saya hampir putus asa tapi kemudian saya dapat keyakinan semula apabila diberi peluang berlakon dengan pelakon hebat seperti Heath Ledger dan Michelle Williams," jelas Hathaway.

Filem terbaru Hathaway 'Rachel Getting Married' akan ditayangkan pada 12 Februari.

Artikel Berikut

AJL23 gempak habis!

Artikel Lain