suria

Watak lelaki hilang ingatan bertatu beri kemenangan pada Aamir Khan

Filem thriller Ghajini," berdasarkan filem Hollywood "Memento," berjaya kerana ia menarik minat orang kebanyakan dan juga kaum India yang menetap di luar negara.
Filem thriller Ghajini,
Filem thriller Ghajini," berdasarkan filem Hollywood "Memento," berjaya kerana ia menarik minat orang kebanyakan dan juga kaum India yang menetap di luar negara.

FILEM terbaru pelakon Bollywood Aamir Khan, 'Ghajini' memperolehi pulangan yang cukup memuaskan di merata duania. Perkembangan yang menggembirakan ini amat bermakna bagi Aamir ketika dunia menghadapi kemorosotan ekonomi.

"Ghajini," kisah seorang lelaki yang hilang ingatan membuat tatu pada badannya dan mengambil gambar Polaroid untuk mengingati orang dan tempat, telah memberi keuntungan sebanyak 40 juta dolar sejak ia ditayangkan pada 25 Disember tahun lepas.

"Saya gembira filem ini diterima baik. Saya yakin ia akan berjaya tapi tidak sangka ia sehebat ini," jelas pelakon yang mempunyai pengaruh besar di Mumbai ini.

Industri filem Bollywood mengalami sedikit kejutan akibat kegelapan yang menyelubungi pasaran global. Keadaan itu menjadi bertambah parah setelah Mumbai diserang oleh puak militan pada bulan November tahun lepas.

Namun di sebalik kejadian ini, pemerhati Bollywood tetap menaruh harapan dua filem ini : "Ghajini" dan kisah cinta "Rab Ne Bana Di Jodi" (Match Made in Heaven) lakonan Shah Rukh Khan yang tayangannya terpaksa ditunda akibat serangan militan itu, akan mendapat sambutan ramai.

Filem "Rab Ne Bana Di Jodi" juga telah memberi pulangan lumayan ketika ditayangkan pada 12 Disember tahun lalu.

Bagi Aamir Khan, filem thriller Ghajini," berdasarkan filem Hollywood "Memento," berjaya kerana ia menarik minat orang kebanyakan dan juga kaum India yang menetap di luar negara.

Belumpun habis penat menyambut kejayaan 'Ghajini", Aamir sudahpun memasang niat untuk membuat filem versi baru epik Hindu "Mahabharata," di mana beliau mengidamkan watak Lord Krishna itu sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain