suria

Dek terlalu teruja, Kate hampir terlupa Angelina Jolie

Kucupan kasih dari suami tercinta, Sam Mendes, yang juga pengarah Revolutionary Road, yang mana turut memuatkan satu adegan berahi Kate dengan DiCaprio.
Kucupan kasih dari suami tercinta, Sam Mendes, yang juga pengarah Revolutionary Road, yang mana turut memuatkan satu adegan berahi Kate dengan DiCaprio.
Kucupan kasih dari suami tercinta, Sam Mendes, yang juga pengarah Revolutionary Road, yang mana turut memuatkan satu adegan berahi Kate dengan DiCaprio.

DEK kerana terlalu teruja dengan kemenangannya sebagai Aktres Terbaik di Anugerah "66 Golden Globes Award" menerusi filem Revolutionary Road, Kate Winslet hampir terlupa nama aktres Angelina Jolie yang juga tercalon dalam senarai pendek bersama-sama dengannya.

Kate hanya menyebut "pelakon yang satu lagi.." ketika cuba mengingati nama pencabar terdekatnya, Angelina Jolie di upacara gilang gemilang yang berlangsung di Los Angeles pada hari Ahad baru ini.

"Terima kasih Anne, Meryl, Kristin - dan siapa yang seorang lagi....? Angelina. Maafkan saya. Saya macam tidak percaya ini benar-benar terjadi," kata Kate yang turut menitiskan airmata kerana terharu mendapat dua anugerah di Golden Globes - Aktres Terbaik dan Aktres Pembantu Terbaik.

Nama-nama pesaingnya yang lain seperti Anne Hathaway, Meryl Streep dan Kristin Scott Thomas mudah diingatinya tetapi mempunyai masalah mengingati nama pelakon Angelina Jolie, si jelita berbibir seksi berusia 33 tahun itu.

Sambil berjenaka beliau berkata "jangan harap saya akan memberi balik mikrofon ini sekarang kerana saya sudah menunggu lama untuk saat seperti ini.

"Anda tidak tahu macam mana rasanya. Ini adalah sesuatu yang menakjubkan setelah sekian lama," jelas Kate yang cukup teruja dengan kemenangannya.

Kate yang kelihatan sedikit gugup pada mulanya telah menyampaikan ucapan terima kasih yang agak panjang ketika diumumkan sebagai pemenang Aktres Terbaik di Anugerah berprestij itu menerusi lakonan mantapnya sebagai seorang isteri yang kecewa dalam filem Revolutionary Road.

Kate juga mengucapkan terima kasih khas kepada pelakon Leonardo DiCaprio, yang melakonkan watak suaminya dalam filem Revolutionary Road sambil berkata," Saya senantisa menyayangimu dengan sepenuh hati.."

Kate dan DiCaprio pernah digandingkan sebagai pasangan kekasih di dalm filem Titanic pada tahun 1998.

Ucapan terima kasih paling bermakna diucapkan kepada suaminya, Sam Mendes kerana mengarah Revolutionary Road, yang mana turut memuatkan satu adegan berahi Kate dengan DiCaprio.

"Terima kasih kerana membuat kami kerja teruk setiap hari. Saya suka setiap saat bekerja dengan awak," kata Kate kepada Mendes.

Kate juga turut meraikan kemenangannya sebagai Aktres Pembantu Terbaik dalam filem The Reader pada Anugerah Globe itu.

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG DAN PENCALONAN:

Motion Picture-Drama Terbaik:

1) The Curious Case of Benjamin Button 2) Frost/Nixon 3) Revolutionary Road 4) The Reader 5)Slumdog Millionaire - PEMENANG

Best Motion Picture-Musical or Comedy: 1) Mamma Mia! 2)Vicky Cristina Barcelona - PEMENANG 3) Burn After Reading 4) Happy-Go-Lucky 5) In Bruges

Best Performance by an Actress in a Motion Picture-Drama:

1) Angelina Jolie, Changeling 2) Anne Hathaway, Rachel Getting Married 3) Meryl Streep, Doubt 4) Kristin Scott Thomas, I've Loved You So Long 5) Kate Winslet, Revolutionary Road - PEMENANG

Best Performance by an Actor in a Motion Picture-Drama: 1) Leonardo DiCaprio, Revolutionary Road 2) Frank Langella, Frost/Nixon 3) Sean Penn, Milk 4) Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button 5) Mickey Rourke, The Wrestler - PEMENANG

Best Performance by an Actress in a Motion Picture-Musical or Comedy: 1) Sally Hawkins, Happy-Go-Lucky - PEMENANG 2) Frances McDormand, Burn After Reading 3) Meryl Streep, Mamma Mia! 4) Emma Thompson, Last Chance Harvey 5) Rebecca Hall, Vicky Cristina Barcelona

Best Performance by an Actor in a Motion Picture-Musical or Comedy: 1) Javier Bardem, Vicky Cristina Barcelona Colin Farrell, In Bruges - PEMENANG! 2) James Franco, Pineapple Express 3) Dustin Hoffman, Last Chance Harvey 4) Brendan Gleeson, In Bruges

Best Performance by a Supporting Actress in a Motion Picture: 1) Amy Adams, Doubt 2) Penelope Cruz, Vicky Cristina Barcelona 3) Viola Davis, Doubt 4) Marisa Tomei, The Wrestler 5) Kate Winslet, The Reader - PEMENANG

Best Performance by a Supporting Actor in a Motion Picture:

1) Tom Cruise, Tropic Thunder 2) Robert Downey Jr., Tropic Thunder 3) Philip Seymour Hoffman, Doubt 4) Heath Ledger, The Dark Knight - PEMENANG 5) Ralph Fiennes, The Duchess

Best Director: 1) David Fincher, The Curious Case of Benjamin Button 2) Danny Boyle, Slumdog Millionaire - PEMENANG 3) Stephen Daldry, The Reader 4) Ron Howard, Frost/Nixon 5) Sam Mendes, Revolutionary Road

Animated Film: 1) WALL-E PEMENANG 2) Bolt 3) Kung Fu Panda

Original Song:

Artikel Lain