suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gong Yoo lebih bimbang lakon babak mandi berbanding aksi ranjang

Gong Yoo tidak yakin dengan bentuk badan sendiri bagi melakonkan babak mandi.

PELAKON Gong Yoo mendedahkan berasa kurang yakin apabila terpaksa melakonkan babak mandi menerusi drama terbaharunya berjudul The Trunk.

Memetik laporan Pinkvilla, Gong Yoo memberitahu dia terpaksa mengamalkan diet selama dua minggu bagi mendapatkan tubuh badan menawan semata-mata untuk menjayakan babak tersebut.

"Oleh kerana badan saya tidak mempunyai abs (otot), saya terpaksa bekerja keras dalam masa yang singkat.

yoo1 - 1

Gong Yoo digandingkan bersama Hyun Jin dalam drama The Trunk.

"Saya terpaksa berdiet selama dua minggu untuk adegan itu," katanya.

Malah aktor drama Goblin ini turut memberitahu dia lebih bimbang untuk melakonkan babak mandi berbanding aksi ranjang bersama gandingan pelakon wanita Seo Hyun Jin.

"Saya lebih bimbang untuk melakonkan aksi mandi berbanding adegan di ranjang," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima hadiah sempena hari jadi ke-45, Gong Yoo sujud atas meja makan tanda penghargaan

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong ambil gambar pelancong ketika bercuti di Bali tular, peminat puji sikap rendah diri Gong Yoo

Untuk info, The Trunk mengisahkan tentang In Ji (lakonan Hyun Jin) bekerja sebagai 'isteri kontrak' untuk agensi NM, sebuah syarikat yang menyediakan pasangan untuk perkahwinan kontrak selama setahun.

In Ji kemudiannya bertemu dengan Jung Won (Gong Yoo) yang juga menggunakan khidmat agensi kahwin kontrak tersebut. Hidup Jung Won dipenuhi dengan kesunyian akibat masa lalu dan masih merindui bekas isterinya iaitu Seo Yeon.

Selain Gong Yoo dan Hyun Jin, The Trunk turut dibintangi Jung Yun Ha, Kim Dong Won, Jo Yi Geon dan Uhm Ji Won.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain