ANGGOTA kumpulan Kep1er iaitu Yujin menerima kecaman hebat netizen dari seluruh dunia selepas tular video dia memakai baju memaparkan kalimah Allah, Muhammad dan imej Kaabah. Tindakan Yujin itu mengundang kemarahan netizen terutamanya penganut agama Islam kerana dianggap sebagai satu bentuk penghinaan. Malah, media sosial penyanyi dan kumpulan itu turut dibanjiri komen netizen yang meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan biadab berkenaan. Netizen di laman X mengecam tindakan tidak sensitif Yujin. Rata-rata menulis ketidakpuasan hati mereka bersama tanda pagar #YujinApologizeToMuslim. Bukan itu sahaja, mereka juga menyalahkan agensi kumpulan itu kerana bersikap tidak sensitif menggunakan nama dan lambang kesucian umat Islam. Justeru itu, netizen menuntut Yujin dan agensi pengurusan membuat permohonan maaf secara terbuka atau bakal berdepan boikot. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia kesal ahli BTS kongsi lagu Islamofobia! Lagi teruk ada peminat pertahan artis kesayangan, tak setuju disuruh mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur... Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV! "Apa masalah artis Korea sekarang? Tak akan benda macam ini pun masih tak peka? Apa lagi boikotlah dia. "Ini isu sensitif, tolong hormat agama Islam," tulis netizen di laman X. Isu ini menjadi trending di laman berkenaan dan aplikasi TikTok. Netizen mendesak Yujin membuat permohonan maaf. Berdasarkan tinjauan mStar, pihak pengurusan Yujin bagaimanapun masih berdiam diri berhubung isu tersebut dan tiada sebarang tindakan diambil. Difahamkan baju berkenaan merupakan rekaan daripada jenama 604service. Pada Sabtu, tular beberapa keping foto dan video Yujin mengenakan baju lengan panjang berwarna hitam tertera kalimah Allah dan Nabi Muhammad. Malah, baju yang dijahit dengan sulaman manik itu turut memaparkan imej Kaabah serta Masjidil Haram. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!