NAMA pelakon Indonesia Raline Shah trending di laman X selepas timbul dakwaan dia pernah berkahwin dengan seorang usahawan dikenali sebagai Brian Armstrong. Menafikan cerita yang tersebar, Raline sebaliknya memuat naik foto bersama Brian berserta ucapan tahniah kepada usahawan itu yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Malah dia menganggap Brian sebagai sahabat yang banyak berkongsi ilmu ketika tinggal di Amerika Syarikat. Raline akui Brian hanya sebagai sahabat baik. "Tahniah buat sahabat saya dalam menempuh hidup baru. Sewaktu saya di Amerika, banyak ilmu saya dapat daripada kerja kerasnya dalam dunia teknologi. "Ini merupakan pernikahan pertamanya dan Angela Meng," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Foto Seungri bersama ibu Raline Shah di Bali jadi bualan hangat peminat ARTIKEL BERKAITAN: Ada kerjaya, cantik orangnya tapi belum berpunya! Raline Shah dedah sebab masih single sampai sekarang Gosip tentang Raline dan Brian dimulakan oleh seorang pengguna laman X mendakwa usahawan tersebut pernah berkahwin dengan selebriti dan nama Raline dikaitkan dengan perkara tersebut. Brian menerusi satu ciapan juga menegaskan statusnya masih bujang sebelum berkahwin dengan Angela hujung minggu lalu. "Saya ternampak banyak maklumat salah tentang diri saya. Saya tidak pernah berkahwin sebelum ini. Terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap saya," tegasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!