suria

Setia bersama sejak hari pertama bergelar pelakon, Jung Hae In beli kereta mewah buat pengurus

Jung Hyun In balas jasa baik pengurus.

PELAKON Korea Selatan Jung Hae In menunaikan impian pengurusnya dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.

Hae In, 36, memberitahu hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya dengan baik sepanjang bergelar pengurusnya.

Pelakon drama While You Were Sleeping itu juga memberitahu kenderaan dibeli itu juga adalah hadiah paling mahal pernah diberikan kepada seseorang.

"Kami telah mengharungi banyak perkara bersama dan dialah yang menjaga semua perkara berkaitan karier saya.

830 x 533 - 1

Jung Hae In beri hadiah kereta mewah buat pengurus.

"Pengurus saya antara individu bersama dengan saya sejak awal kemunculan saya dalam industri seni," katanya ketika muncul dalam program You Quiz on the Block.

Tidak hanya kereta mewah, Hae In juga turut memberi pengurusnya seutas jam tangan mewah.

Dalam pada itu, Hae In memberitahu dia memang sudah lama menyimpan hasrat memberi hadiah berkenaan kepada pengurusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanni NewJeans terfikir kahwin muda, ikut jejak langkah ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin (BTS) ‘naik pangkat’ sebagai tentera elit, tunjuk dedikasi sepanjang berada dalam kem latihan

Malah dia pernah berazam pengurusnya menjadi orang pertama akan menerima hadiah daripadanya apabila dia sudah berjaya sebagai pelakon.

"Masa mula-mula saya bergelar pelakon, saya tiada wang dalam simpanan. Apabila dia mendapat gaji, dia akan belikan saya makanan kegemaran saya.

"Bertahun-tahun dia buat perkara sama terhadap saya malah dia banyak berkorban untuk saya.

"Saya memang berazam dia akan jadi orang pertama saya mahu belikan hadiah jika saya sudah berjaya sebagai pelakon," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain