suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez pasang badan selepas kembali solo, ‘revenge dress’ curi perhatian

Penampilan JLo menjadi bualan hangat ramai

SELEPAS memfailkan penceraian terhadap Ben Afleck bulan lalu, penyanyi Jennifer Lopez muncul buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto.

Kehadirannya mencuri perhatian apabila Jennifer, 54, mengenakan gaun seksi atau 'revenge dress' yang dilihat sebagai tanda balas dendam terhadapnya Ben.

Penyanyi itu tampil dengan gaun panjang berwarna perak, dihiasi reben hitam besar pada bahagian sisi baju tersebut.

Copy of Untitled - 2024-09-07T171944.002

Jennifer tampil berani dengan gaun terdedah.

Apa yang menarik perhatian, kedua-dua bahagia tepi gaun tersebut terdedah sehingga menampakkan bentuk badan penyanyi itu.

Penampilan berani Jennifer bukan sahaja membuatkan netizen terkesima malah ramai yang memuji kecantikkan penyanyi itu meskipun usianya sudah menginjak 50-an.

"Macam ini punya cantik pun masih kena tinggal, mesti Ben menangis dekat bucu katil tengok JLo," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lagi khabar angin, Jennifer Lopez fail cerai selepas 2 tahun kahwin Ben Affleck

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan gaya hidup glamor isteri didakwa jadi punca hubungan Ben Affleck dan Jennifer Lopez mula renggang

Pada 20 Ogos lalu, Jennifer memfailkan penceraian terhadap Ben di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain