suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masak juadah hari raya guna gas subsidi, Prilly Latuconsina mengaku silap

Prilly akur dengan kesilapan dirinya.

NAMA pelakon Prilly Latuconsina menjadi bualan netizen apabila didakwa menggunakan gas subsidi untuk memasak juadah hari raya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, jelas kelihatan tong gas berkenaan meskipun ia seakan-akan cuba disembunyikan.

Sedar dia menjadi kecaman, Prilly tampil menjelaskan bahawa gas berkenaan diberi pinjam oleh penjual kerana stok gas telah habis.

58182-prilly-latuconsina

Tong gas yang digunakan Prilly ditutup dengan kotak.

Dia bagaimanapun mengakui tidak menyedari tentang keberadaan gas tersebut kerana ia diuruskan oleh pembantu rumahnya.

Malah dia juga mengambil pengajaran tentang kejadian berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai gaun pengantin siap berpeluk mesra! Peminat sangka Prilly Latuconsina, Reza Rahadian dah nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Prilly Latuconsina dipuji semakin cantik, seiras Selena Gomez

"Saya tiada niat nak sembunyikan apa-apa kerana gas itu berada di belakang barang. Saya tidak melihatnya.

"Terima kasih kerana menegur, saya akan peka dan mengingatkan orang di dalam rumah ini untuk tidak mengambi barang subsidi," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain