suria

‘Barbie’ filem terlaris 2023, kutipan box office cecah RM6.48 bilion

Barbie filem mencatatkan kutipan tertinggi sepanjang 2023.

BUAT pertama kali dalam tempoh lapan tahun, Universal Pictures berjaya mengalahkan Disney Studios dalam kutipan filem tertinggi sepanjang 2023.

Ini termasuk kejayaan dua filem terbitan syarikat berkenaan iaitu The Super Mario Bros Movie dan Oppenheimer.

Universal dilaporkan memperoleh keuntungan lebih AS$4.9 bilion (RM22.7 bilion) manakala kutipan Disney bagi tempoh sama AS$4.8 bilion (RM22.3 bilion).

NP (6)

Guardians of the Galaxy Vol. 3 merupakan filem kutipan tertinggi Disney bagi tahun 2023.

Bagaimanapun Disney menerusi satu kenyataan memberitahu meskipun tewas di tangan Universal namun syarikat berkenaan masih mempunyai beberapa tajuk dalam senarai 10 filem terlaris sepanjang 2023.

Ini termasuk empat filem keluaran mereka pecah panggung di peringkat global dan tiga yang lain filem terbesar di peringkat domestik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan Scarlet Johansson terhadap Disney berkaitan filem Black Widow selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga Perkataan Dilarang Keluar Dari Mulut Pelakon Disney

Kedudukan pertama senarai itu pula adalah filem terbitan Warner Bros iaitu Barbie AS$1. 4 bilion (RM6.48 bilion) diikuti The Super Mario Bros dan Oppenheimer yang masing-masing mendapat kutipan AS$1.3 bilion (RM6.02 bilion) dan AS$950 juta (RM4.4 bilion).

Sementara itu, sambutan hambar terhadap filem Marvel turut memperlihatkan ia gagal menembusi senarai 10 filem terlaris sepanjang tahun lalu.

Sebaliknya Guardians of the Galaxy Vol. 3 menjadi penyelamat walaupun hanya mendapat AS$845 juta (RM3.9 bilion).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain