suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki bongkar Kang Kyun Jun ada hubungan sulit dengan isterinya, minta ganti rugi RM178,000

Kyun Jun berdepan saman lakukan perbuatan sumbang dengan isteri orang.

PELAKON Kang Kyung Jun berdepan tindakan undang-undang selepas dituduh melakukan perbuatan sumbang terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin.

Laporan terhadap Kyung Jun, 41, dibuat sendiri oleh suami kepada wanita berkenaan pada 26 Disember lalu.

Lelaki berkenaan mendakwa pelakon terbabit menganggu keharmonian rumah tangganya sehingga menyebabkan berlaku pergolakan di antara dia dan isteri.

kang kyun jun 1

Kyun Jun sedia beri kerjasama jalani siasatan.

Susulan itu, lelaki berkenaan menuntut ganti rugi sebanyak RM178,000 daripada Kyung Jun kerana tekanan emosi dihadapi akibat kecurangan isterinya.

"Kyung Jun menjadi orang ketiga dalam hubungan kami walaupun dia tahu wanita itu adalah isteri saya.

"Dia melakukan perbuatan sumbang dan menyebabkan pergolakan dalam hubungan kami. Segala bukti telah dikemukakan," dakwa lelaki tersebut..

ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah menghampiri 50 tahun, Kim Jong Kook belum putus asa cari calon isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan larikan diri gagal, wanita peras ugut Lee Sun Kyun ditahan polis

Sementara itu wakil pengurusan Kyung Jun pula memberitahu pihaknya sedia maklum akan laporan berkenaan dan akan menjelaskan perkara sebenar tidak lama lagi.

Mereka juga sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan sekiranya perlu.

Untuk rekod Kyung Jun juga sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia