suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyesal besarkan payudara, Victoria Beckham tak mahu anak lakukan benda sama

Victoria kini lebih selesa dengan payudara semulajadinya.

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham berkongsi rasa kesal atas keputusannya memperbesarkan payudara.

Victoria berkata sebagai ibu dia tidak mahu anaknya melakukan perkara sama iaitu memasukkan implan pada bahagian berkenaan sehingga menerima kesan negatif pada tubuh.

"Sejujurnya, saya menyesal melakukan pembedahan implan.

vic1

Victoria harap Harper tak lalui pengalaman yang sama.

"Saya harap anak perempuan saya Harper tidak akan melakukan perkara yang sama," katanya semasa ditemu bual majalah Allure.

Isteri kepada David Beckham itu bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada anak perempuannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang ego maafkan menantu, mengaku pernah buat kesilapan serupa masa muda

ARTIKEL BERKAITAN: Kesabaran Victoria Beckham semakin menipis, menantu buat hal dedah isu dalaman keluarga

"Saya rasa Harper baharu berusia 12 tahun dan saya belum yakin untuk berkongsi pengalaman ini kepada dia," kongsinya.

Victoria melakukan pembedahan payudara sekitar tahun 2011 namun dia membuangnya pada tahun 2014 dan sejak itu dia sering berkongsi penyesalannya.

"Tak akan ada lagi payudara palsu!" luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia